Friday, 1 June 2018

baiki mesin basuh dirumah

Assalamualaikum
Salam sejahtera
Sy ayie technician ada menyediakan perkhidmatan servis dan repair mesin basuh rosak dr rumah ke rumah
Perkhidmtan sy tk perlu utk bawa mesin ke kedai..
Boleh siap on the spot..penukaran alat ganti yg baru..
Tiada caj transport kerana tk perlu angkat bawa ke kedai.kadar upah serendah rm30 shaja
Membaiki smua jenis krosakan yg ada pada mesin basuh anda..membaiki smua model dan brand mesin basuh auto dan manual..
Mengikut masa dan waktu kesesuaian anda utk dtg baiki
Sebarang prtnyaan boleh brhubung dgn sy scara whatsapp/sms/call
0175287809 ayie
Trima ksih




Tuesday, 8 August 2017

Assalamualaikum..lama dh tk update dkt blog ni..bersemut dh ni..hehe..

Ok2.. sy nk share satu cara atau tips mcm mne nk panjangkan jngka hayat mesin basuh..jgn tahu pkai je..kena la jaga juga..sedikit sebanyak dapat menjimatkan duit..slmt mncuba ....

Jgn lupa kunjungi juga facebook page sy...sebarang update terkini ada di sana..klau nk cari mesin basuh second hand..peti ais ke..tv atau pn barang elektrik lain boleh cari dkt facebook page sy

#fazreelservicetouch
https://www.facebook.com/baikimesinbasuhpetisejuktvchillerfreezer/

Atau boleh hubungi sy direct utk sebarang bantuan.. 0175287809 terima kasih


Saturday, 25 June 2016

Tips penjagaan peti sejuk

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

Tips Penjagaan Peti Sejuk Tahan Lama Dan Paling Menjimatkan

Peti sejuk adalah antara peralatan elektrik yang tahan lama iaitu antara 5 - 10 tahun. Jika kita beli peralatan elektrik pun kita boleh beli insurans hingga 10 tahun. Sebabnya, memang peti sejuk jarang rosak jika bukan disebabkan oleh wayar pintas dan sebagainya.

Tips Penjagaan Peti Sejuk Yang Menjimatkan

Berikut adalah tips penjagaan peti sejuk:

1. Kurangkan aksi buka-tutup-buka-tutup peti sejuk. Jika ingin mengambil bahan-bahan masakan, ambil kesemuanya dan tutup semula pintu peti sejuk.

2. Singkatkan masa ketika membuka pintu peti sejuk.

3. Gunakan peti sejuk jenis 2 pintu iaitu freezer dan cooler kerana kita lebih banyak buka-tutup pintu untuk mengambil / menyimpan barang-barang di cooler daripada di freezer, sedangkan tenaga elektrik lebih banyak digunakan untuk memastikan bahagian sejuk-beku itu sentiasa dibawah paras beku.

4. Jangan masukkan barang-barang yang masih panas atau suam ke dalam peti sejuk.

5. Buat dengan kerap mengemas barang-barang di dalam peti sejuk, keluarkan barang-barang yang tidak perlu disejukkan seperti sesetengah rempah ratus atau jem-jem yang sudah lewat tarikh atau kicap, sos cili dan lain-lain. Kalau barang-barang itu kerap terlewat tarikh tanpa habis digunakan, sudah sampai masanya untuk memilih pek yang lebih kecil.

6. Defrost bahagian sejuk-beku dengan lebih kerap untuk menjamin efficiency sejuk beku.

7. Periksa lubang saluran udara sejuk keluar di bahagian sejuk-beku (untuk sesetengah jenis peti sejuk sahaja), pastikan tiada barang yang menghalang udara sejuk disembur keluar dari lubang ini.

Semoga tips penjagaan peti sejuk di atas memberikan kita pengetahuan baru dan banyak menjimatkan duit.

Jika anda ada cara atau tips lain yang mudah, boleh kongsikannya di ruangan komen di bawah.

Nota Saya;
Jika nak hilangkan bau busuk atau hanyir ikan dalam peti sejuk, simpulkan 3 helai daun pandan atau letak arang atau roti 4 segi dan letakkan di kawasan yang kuat baunya. Insyaa Allah, bau busuk akan hilang.

Kami membaiki hampir kesemua model jenama, termasuklah model - Toshiba, Pensonic, Panasonic, Samsung, Histar, Sharp, Electrolux, Sanyo, LG dan juga lain-lain.

Call/sms/whatsapp:
0175287809 fazreel

Kunjungi facebook page
#fazreelservicetouch
https://m.facebook.com/Fazreel-Service-Touch-Fast--1154604177891552/

Thursday, 26 May 2016

Komponen-komponen peti sejuk 


[]p[]

1. PEMAMPAT (COMPRESSOR)
-Pemampat memainkan peranan yang amat penting dalam sistem peti sejuk. Ianya mengepam gas bahan pendingin ke seluruhan sistem. Kebiasaannya peti sejuk menggunakan pemampat dari jenis salingan tertutup (sealed hermetic).


2. PENYEJAT (EVAPORATOR)
- Penyejat berfungsi menyerap haba panas daripada makanan dan minuman yang disimpan di dalam peti sejuk. 


- Penyejat diperbuat daripada bahan logam anti karat seperti tembaga dan aluminium agar penyerapan habanya lebih efektif.

- Peti sejuk satu pintu jenis pembeku (freezer) mempunyai penyejat yang memenuhi seluruh bahagian peti agar setiap bahagian memiliki suhu yang sama iaitu 0°C.

- Bagi peti sejuk satu pintu non freezer, penyejat diletakkan di bahagian atas, manakala bahagian lain akan menerima hembusan sejuk daripada bahagian penyejat.


3. Pemasa Nyahfros / Defrost Timer.

- Timer dipasang pada peti sejuk tanpa fros yang berfungsi untuk mengawal arus masuk dari termostat ke kipas, pemampat dan pemanas.

- Timer yang biasa digunakan dinamakan ‘defrost timer’ yang mempunyai 4 terminal.

- Arus timer diperolehi dari termostat yang berhubung dengan terminal 1 dan 3. Terminal 2 menghubungkan timer dengan fius dan pemanas. Terminal 4 menghubungkan timer dengan pemampat dan motor kipas.

- Apabila timer tidak berfungsi, komponen yang berhubung dengannya akan bermasalah.


4. Kapasitor / Capacitor.
  
- Kapasitor berfungsi untuk membangkitkan atau memutar motor elektrik (pemampat / kipas) sehingga mencapai putaran penuh. 


- Kapasitor bekerja sangat singkat sewaktu menggerakkan pemampat / kipas dan segera terputus ketika putaran pemampat / kipas mencapai tahap maksimum.


5. Pelindung Beban Lampau / Overload Protector. 
  
- Overload Protector atau Pelindung Beban Lampau merupakan komponen keselamatan untuk pemampat. 


- Alat ini dapat melindungi komponen elektrik peti sejuk daripada kerosakan akibat arus yang dihasilkan pemampat melebihi had normal. 

- Jika arus pada pemampat melebihi dari arus yang sepatutnya, overload akan memutuskan bekalan yang masuk ke pemampat.


6. Geganti / Relay.

- Geganti @ relay merupakan suis automatik untuk menggerakkan motor pemampat.


- Ia bekerja dengan menyesuaikan putaran magnet yang dibangkitkan sehingga dapat menghubungkan atau memutuskan semula arus elektrik secara automatik.


Komponen-komponen no.7 sehingga no.12 adalah seperti di bawah ini :

7. Pemeluwap / Condensor.


















- Pemeluwap berfungsi untuk menyingkirkan haba yang diserap oleh penyejat dan pemampat.
- Jenis pemeluwap yang banyak digunakan pada peti sejuk ialah dari jenis penyejuk udara.

- Ketika peti sejuk dihidupkan, pemeluwap akan terasa panas apabila disentuh.

- Pada peringkat awalnya, pemeluwap ini diletakkan di belakang peti sejuk, tetapi pada masa kini, ianya diletakkan di dalam badan peti sejuk.

- Ini dapat mengurangkan berlakunya karat pada badan peti sejuk di samping ia menjadikan peti sejuk lebih menarik.


















8. Penyaring / Strainer.













- Penyaring bekerja dengan menapis kotoran yang terhasil daripada hakisan bahan pendingin di dalam sistem peti sejuk. 


- Serpihan dan kotoran paip seboleh mungkin tidak masuk ke dalam pemampat dan ianya disaring oleh penyaring ini.

- Penyaring mesti mampu menyaring kekotoran yang mungkin akan memasuki sistem seperti karat, serpihan logam atau tembaga ketika kerja-kerja mengimpal dilakukan.

9. Tiub Kapilari / Capillary Tube.

















- Peti sejuk tidak menggunakan alat mekanikal sebagai kawalan aliran bahan pendingin. Ia menggunakan tiub kapilari atau tiub rerambut.



- Pada dasarnya tiub rerambut adalah satu tiub yang kecil. Kadar aliran bahan pendinginnya ditentukan oleh panjang tiub dan garis pusat dalaman lubang. 


- Bahan pendingin akan terus mengalir melalui kapilari apabila pemampat berhenti sehingga tekanan dalam sistem (sebelah tinggi dan sampingan rendah) berada pada tekanan yang sama.


- Tiub rerambut biasanya terletak selepas penapis penyaring, ia kadang-kadang dibentuk ke dalam gegelung yang ketat di sekitar talian sedutan. 


- Dapat diperhatikan bahawa tiub rerambut sebenarnya melalui dalam talian sedutan penyejat dan dengan itu menyediakan ciri-ciri pertukaran haba yang meningkatkan prestasi pemampat.

















10. Pelaras Suhu / Thermostat.

- Termostat juga dikenali sebagai pengawal suhu. Ia berfungsi untuk mengawal suhu secara automatik berdasarkan bacaan suhu pada setiap bahagian peti sejuk.


- Ia adalah umpama suis automatik yang bekerja berdasarkan pengawalan suhu.

- Jika suhu penyejat sudah mencapai pada suhu yang dilaraskan pada termostat, ia akan memutuskan bekalan elektrik ke pemampat.

  
  
  
  
  
  
  
  
11.Pemanas nyahfros / Defrost Heater. 
  
- Pemanas atau ‘heater’ biasanya dipasang pada peti sejuk non freezer, 2 pintu dan ke atas. 


- Ia berfungsi untuk mencairkan frost yang terbentuk di penyejat sekali gus mencegah daripada terjadinya penimbunan frost.


- Pemanas diperbuat daripada kawat pemanas dan dibungkus dengan vinyl (sejenis plastik).

- Saiz elemen pemanas disesuaikan dengan saiz penyejat.

- Terdapat 3 jenis pemanas tanpa frost iaitu pemanas lilit, kaca dan aluminium.

- Pemanas lilit dipasang di sekitar paip penyejuk di bahagian penyejat manakala pemanas kaca dan lembaran aluminium dipasang di bahagian bawah penyejat.



12.Kipas / Fan @ Blower. 
  
- Kipas penyejat (evap fan) hanya terdapat pada peti sejuk 2 pintu dan ke atas. 


- Ia berfungsi untuk menghembuskan udara dingin dari penyejat ke seluruh bahagian peti sejuk.

- Daun kipas diperbuat daripada bahan plastik atau aluminium.

- Terdapat dua jenis daun kipas iaitu ‘propeller’ dan ‘blower wheel’.


- Jika pintu peti sejuk dibuka, kipas akan ‘off’. Begitu juga jika pemanas sedang bekerja, kipas akan ‘off’.

Monday, 16 May 2016

TROUBLESHOOT MASALAH MESIN BASUH

Seringkali pengguna menghadapi masalah mesin basuh yang boleh spin tapi tak boleh wash. Jika ini berlaku hanya terdapat kemungkinan berlaku kerosakan kepada 3 komponen ini; water level sensor, tubing ataupun pada board. Kali ini saya akan menceritakan mengenai water level sensor dan tubing dahulu.

Kebiasaannya, apabila mesin basuh di ON kan, air akan mengalir masuk melalui water inlet valve ke dalan drum. Pada level tertentu, air akan berhenti masuk dan motor akan berpusing untuk fungsi wash. Tetapi jika air tak berhenti mengalir masuk, maka ada kerosakan pada ketiga-tiga komponen tadi.

Apa peranan water level sensor dalam kes tadi? Water level sensor ataupun pressure switch berfungsi untuk mengesan paras air yang terdapat di dalam tub mesin basuh. Gambar pertama menunjukkan bagaimana tekanan udara memainkan peranan untuk membuka dan menutup valve yang terdapat pada water level sensor dan gambar kedua menunjukkan bagaimana sistem itu berfungsi.

Selepas air mengalir masuk dan memenuhi level yang telah disetkan, tekanan udara akan memenuhi tubing seterusnya memberi isyarat kepada water level sensor. Water level sensor kemudian akan memberi isyarat kepada water inlet valve untuk memberhentikan aliran air. Selepas aliran air berhenti barulah motor boleh berpusing.

Cara mengesan kerosakan:
Untuk mengesan kerosakan sama ada pada tubing atau water level sensor adalah mudah.

1. Tubing - Buka tubing di bahagian bawah berhampiran dengan drum. Dalam keadaan air sedang mengalir, tiub tubing itu kemudian tutup dengan jari. Anda akan dapat lihat, air akan berhenti mengalir dan motor akan mula berputar. Jika itu berlaku, bermakna tubing anda tersumbat atau ada kebocoran. Bawa tubing tersebut ke kedai hardware atau akuarium untuk ditukar. Tubing berwarna putih dan transparent.

2.Water level sensor - Jika selepas anda tiub tubing tersebut, air masih mengalir, bermakna water level sensor anda telah rosak. Buka water level sensor tersebut dan bawa ke kedai spare part untuk ditukar.

3. Jika selepas tubing dan water level sensor ditukar motor masih tidak berpusing, bermakna board anda sudah rosak. Anda kena beli board baru atau kena program semula board tersebut.

Selamat mencuba. Jika anda mengalami masalah boleh hubungi atau whassup saya, Fazreel di 017-5287809


Wednesday, 13 April 2016

Servis membaiki peti sejuk, mesin basuh, televisyen

Assalamu 'alaikum 😊😊😊

“FAZREEL SERVICE TOUCH"

Menjalankan servis membaiki peti sejuk, mesin basuh dan televisyen 💻 di sekitar Kajang-Bangi-Semenyih-Seri Kembangan-Beranang-Bandar Sg. Long-Cheras-Balakong &Putrajaya .(luar kawasan juga boleh dipertimbangkan 😊)

Kami akan datang kepada anda 😉

Jika anda menghadapi masalah dan pertanyaan berkaitan dengan peti sejuk, mesin basuh & televisyen 💻 anda bolehlah menghubungi saya di talian :

📞Call/Whatsapp/Sms: 017-5287809 (Fazreel)

*Harga istimewa buat anda  😊

Jgn lupa like facebook page
#fazreelservicetouch
https://m.facebook.com/Fazreel-Service-Touch-Fast--1154604177891552/

Tuesday, 12 April 2016

Melangkah ke permulaan baru

Bismillah..
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah syukur kpd Allah krn telah mmbuka kn pluang dan ruang untk admin mnceburi satu bidang yg tak pernah trfikir pn utk admin sendiri akan mnceburinya iaitu bidang servis dan repair barang elektrik..

Dalam blog ini insyaAllah admin nk kongsi la serba sedikit tntg ap yg admin usahakn dlm bidang ini tp buat mse ni mata pn dh mngntok so next time jela admin kongsi ye..hehe..insyaAllah.